Tiada gerakan jatuhkan Presiden Pas: Idris Ahmad
Iklan
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad, menafikan dakwaan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama, Mokhtar Senik, bahawa wujud gerakan terancang didalangi individu tertentu bagi menjatuhkan kedudukan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas.
Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak berbangkit sama sekali dan mesyuarat bulanan kepimpinan tertinggi Pas berjalan seperti biasa.