Dekad sukar buat Malaysia?

Iklan
Dasar perlindungan sosial akibat bencana perlu disemak semula dan tampil dengan pelan lebih komprehensif dengan mengambil kira fiskal kerajaan.

TAHUN 2021 masih bergulat dengan dwi krisis utama, kesihatan dan ekonomi. Vaksin menjadi titik perubahan kepada pembukaan sektor sosial dan ekonomi negara. Lebih 24 juta rakyat Malaysia telah menerima dos pertama, manakala kes aktif masih sekitar 40,000 orang. Purata penggunaan katil hospital Covid-19 ialah 62.5 peratus. Tahun 2022, majoriti rakyat dijangka akan menerima dos penggalak dan ubat antiviral akan mula diperkenalkan.

Adakah ini pukulan terakhir? Belum tentu. Fasa peralihan ke endemik tertangguh. Varian Omicron disifatkan lebih berisiko kerana mengandungi lebih 30 jenis mutasi protein dan potensi kebolehjangkitan lebih tinggi. Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih mendebatkan risiko Omicron memandangkan data Afrika Selatan menunjukkan varian ini kurang berbahaya berbanding Delta.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.