Tentera dan kemelut politik
Iklan
ADA pihak yang kurang berpuas hati dengan tindak balas ATM yang dikatakan mereka ‘lewat’ membantu mangsa banjir pada saat ia mula tercetus. Kegusaran ini ditangani dengan jelas oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dalam sidang media pada 21 Disember.
Dalam isu krisis banjir, kenyataan Panglima ATM dalam sidang media adalah tepat. Menurut beliau:"ATM sentiasa komited melaksanakan tugas sekundernya, terutama membantu pihak berkuasa awam yang dikoordinasikan Nadma dalam menyelamatkan mangsa terkesan akibat bencana banjir, terutama usaha memindahkan mereka ke kawasan selamat”.