Guna gajet berlebihan punca anak kurang minat belajar
Iklan
Hushim Salleh
SHAH ALAM - Faktor penggunaan gajet yang berlebihan dalam kalangan kanak-kanak terutama murid sekolah tahun satu, dua dan tiga adalah antara punca mereka tidak minat belajar sekali gus menyebabkan mereka sukar menguasai asas membaca.
Perunding Motivasi dan Kaunseling, Hushim Salleh berkata, gajet merupakan alat ‘berhantu’ yang membuatkan kanak-kanak mudah ketagih sehingga menjejaskan motivasi, emosi dan psikologi mereka untuk belajar dan membaca.