Kerajaan perlu beri tempoh satu, dua bulan sebelum tangguh umrah
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan seharusnya memberikan tempoh sekurang-kurangnya satu atau dua bulan untuk merealisasikan tempahan umrah yang telah dibuat sebelum menangguhkan perjalanan jemaah yang berkuat kuasa pada 8 Januari depan.
Naib Presiden Haji dan Umrah Bumitra, Shamsulnidza Mudari berkata, dengan itu, mereka dapat memastikan segala perjalanan dapat diatur lebih sempurna mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.