Terpaksa kurangkan kos operasi enam kali ganda
Iklan
SHAH ALAM - Seorang pengusaha kantin membuat keputusan mengurangkan kos operasi bulanan kantin untuk sesi persekolahan tahun ini sebanyak enam kali ganda kos berbanding tahun lalu.
Muhamad Alif Roslan, 26, yang mengusahakan kantin di Sekolah Kebangsaan Sungai Burong di sini berkata, langkah berkenaan diambil berikutan kerugian yang dialaminya pada April hingga November tahun lalu sebanyak RM48,000.