Perasuah masih disanjung, dibela dan dihormati
Iklan
Sasterawan Negara wanita pertama luah rasa menerusi karya
SHAH ALAM - Sasterawan Negara wanita pertama menggesa masyarakat umum bersama-sama dalam usaha membanteras budaya rasuah yang semakin membarah di negara ini.
Datuk Dr Zurinah Hassan berkata, media sosial dilihat antara platform yang berkesan untuk mendidik dan menyebarkan maklumat kerana sangat dekat dengan masyarakat khususnya generasi muda.