Sindiket palsukan dokumen imigresen makin licik
Iklan
SHAH ALAM - Biarpun sedar hukuman yang bakal menanti, namun sindiket pemalsuan dokumen seolah-olah tidak gentar dengan undang-undang di negara ini apabila terus terlibat dengan jenayah tersebut.
Demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda, sindiket terbabit semakin berani melakukan jenayah pemalsuan dokumen Imigresen seolah-olah tiada tindakan daripada pihak berkuasa berkenaan.