Buat pemilihan UMNO segera jika tidak mahu pisang berbuah dua kali
Iklan
SHAH ALAM - UMNO digesa mempercepatkan proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi bagi penggal 2021 hingga 2024 yang kini ditangguhkan sehingga Disember 2022.
Tiada alasan lagi bagi UMNO untuk menangguhkan pemilihannya termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kerana mereka dikatakan sedang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.