IANGSU - Satu rakaman video tular memaparkan paru-paru milik seorang perokok tegar cukup menggerunkan apabila ia berwarna hitam pekat akibat pengumpulan sisa tembakau selama tiga 30 tahun.
Memetik laporan Daily Mail, paru-paru itu dimiliki lelaki berusia 52 tahun di Iangsu China.
Iklan
Iklan
Video durasi 20 saat itu telah ditonton lebih 25 juta warganet.
Difahamkan, pasukan perubatan diketuai oleh pakar bedah transplan paru-paru di Hospital Rakyat Wuxi, Dr Chen Jingyu mengeluarkan organ milik si mati yang berhajat untuk mendermakan organnya.
Namun mereka terkejut apabila melihat paru-paru milik pesakit yang meninggal dunia akibat mati otak berwarna hitam pekat berbeza dengan paru-paru manusia sihat iaitu berwarna merah jambu.
Pasukan perubatan juga kecewa kerana organ itu tidak dapat didermakan kepada pesakit dalam senarai menunggu.
Artikel Berkaitan