PBM mungkin 'melukut di tepi gantang'
Iklan
PBM dilihat bakal berdepan masalah untuk mendapat tempat di hati rakyat memandangkan parti itu sebelum ini pun sukar menawan hati pengundi di Sarawak.
SHAH ALAM - Penganalisis politik menyifatkan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dijangka sukar memastikan survivalnya dalam politik Malaysia walaupun baru mendapat 'tonik' baharu dengan penyertaan beberapa Ahli Dewan Undangan (ADUN) dari Perak dan Selangor.
Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata, PBM mungkin bermasalah untuk mendapat tempat di hati rakyat memandangkan parti itu sebelum ini pun sukar menawan hati pengundi di Sarawak.