Pencarum boleh guna wang KWSP jika terdesak
Iklan
Program Berani Bersemuka membicarakan tajuk KWSP: Lega Sekarang, Susah Kemudian? para panelis dari kiri Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang berlangsung di Studio Sinar Harian hari ini. - FOTO SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.
SHAH ALAM - Wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan dan digunakan pencarum selaras dengan Akta KWSP 1991.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, di bawah Seksyen 54 (K) (L) pencarum dibenarkan keluarkan wang jika mereka memerlukan atau terdesak.