PRN Johor? Terserah kebijaksanaan MB
Iklan
ADUN BN Johor mengakui tidak pernah mendesak untuk diadakan PRN
SHAH ALAM - Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO menyerahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad untuk menentukan percaturan politik Barisan Nasional (BN) terutama dalam aspek pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
ADUN Panti, Hahasrin Hashim berkata, hal ini kerana Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu perlu mengambil kira keseluruhan faktor termasuk tuntutan rakyat yang meminta kebajikan mereka lebih diberi perhatian berbanding keperluan PRN.