Utamakan fakta berbanding persepsi
Iklan
KONTROVERSI yang melanda Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki beberapa minggu ini bukanlah sesuatu yang terlalu luar biasa dan aneh.
Mereka yang memegang kuasa sebesar itu pasti akan berdepan ujian, sama ada tawaran kemewahan atau boleh juga berdepan tohmahan mereka yang terkesan dengan siasatan SPRM.