Cermin kereta dipecah ketika minum cendol

Iklan
Nurfarah Ain memuat naik status di Facebooknya kelmarin.

KUALA SELANGOR - Dua pemilik kenderaan yang baru selesai menikmati cendol terkejut apabila cermin kereta yang mereka parkir berhampiran sebuah warung di Bukit Kuching pecah.

Kejadian itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Nurfarah Ain yang memuat naik gambar serta mengingatkan orang ramai lebih berhati-hati.

Iklan
Iklan

Nurfarah berkata, cermin dua kereta termasuk sebuah kenderaan adiknya menjadi mangsa perlakuan pihak yang tidak diketahui motif perbuatan.

"Kami anggap tidak ada rezeki. Kepada pelaku cari kami di akhirat. Terima kasih," katanya.

Iklan

Kejadian itu setakat ini mendapat 306 pelbagai tanda reaksi, 146 perkongsian dan 55 komen.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

Iklan

"Orang ramai dinasihatkan tidak meletakkan barangan di dalam kereta yang ditinggalkan. Penjenayah sentiasa berkeliaran mencari peluang melakukan jenayah.

"Walaupun tiada barangan berharga, kita akan mengalami kerugian untuk menggantikan cermin yang pecah," katanya.

Menurutnya, terdapat banyak kes pecah cermin kereta berlaku semasa menghadiri majlis kenduri kahwin.

"Sama ada mangsa lupa untuk kunci kenderaan atau mangsa meninggalkan apa-apa barangan dalam kereta yang menjadi tarikan kepada penjenayah," katanya.