PAU 2021 penentu hala tuju UMNO menjelang PRU15
Iklan
Perhimpunan tersebut dijangka bakal menjadi medan kepada perwakilan untuk mendesak MKT dan Presiden UMNO supaya mengadakan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi lebih awal, kata Dr Mohd Azizuddin
SHAH ALAM - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang bakal berlangsung mulai 16 hingga 19 Mac depan, penting bagi menentukan hala tuju UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) tidak lama lagi.
Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, beliau tidak menolak kemungkinan PAU kali ini bakal menjadi medan untuk perwakilan mendesak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi supaya mengadakan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi lebih awal sebagai persediaan awal menjelang PRU15 nanti.