Khairuddin dipecat tanpa dipanggil bela diri, tiada surat rasmi
Iklan
SHAH ALAM - Isu pemecatan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat semakin bercelaru apabila difahamkan sehingga kini Ahli Parlimen Kuala Nerus itu belum menerima sebarang surat rasmi daripada ibu pejabat parti itu.
Malah, menurut sumber terdekat, sehingga hari ini bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkenaan tidak pernah dipanggil oleh Jawatankuasa Disiplin Pas untuk membela diri atau diberikan surat tunjuk sebab.