Pemburuan haram, habitat terancam punca kepupusan
Iklan
SHAH ALAM - Pemburuan haram terhadap spesies haiwan bernilai tinggi antara punca utama kepupusan hidupan liar di negara ini, selain penerokaan hutan tanpa mengira dengan serius habitat dan pengekalan spesies hidupan liar.
Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, ia juga disebabkan habitat yang semakin terancam serta kawasan hutan yang semakin mengecil dan melalui proses fragmentasi.