Malaysia mungkin tenggelam?
Iklan
Taburan hujan yang semakin tinggi akibat perubahan iklim menyebabkan kawasan rendah berisiko dilanda banjir.
SHAH ALAM - Kesedaran terhadap wujudnya risiko banjir di suatu kawasan terutamanya kawasan penempatan seharusnya menjadi penggera amaran kepada usaha meminimumkan impak banjir.
Ketua Program Bencana Geologi, Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Lim Choun Sian berkata demikian ketika diminta mengulas tragedi banjir buruk yang ‘menenggelamkan’ Taman Sri Muda pada Disember tahun lalu.