Perangi dahulu rasuah setempat
Iklan
BEBERAPA hari lalu, saya ada menulis emel kepada seorang kawan warganegara India, Sanjan yang bekerja di Bahrain. Beliau yang mempunyai kelulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal hanya bertugas sebagai pemandu peribadi saya ketika di Bahrain.
Saya ada bertanya, kenapa tidak bekerja dalam bidang ikut kelulusan. Jawab beliau –"Huh, susah dapat kerja. Nak kerja pun kena bayar. Lebih baik jadi pemandu peribadi, gaji saya sama sahaja dengan jurutera.”