[VIDEO] Buat keputusan betul
Iklan
Termasuklah tak setuju pengeluaran KWSP secara ‘one-off’ sebanyak RM10,000
PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz lebih rela meletak jawatan daripada berkompromi terhadap sebarang keputusan melibatkan kementeriannya yang difikirkan silap.
Jelas beliau, sebarang keputusan berkenaan termasuklah cadangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara ‘one-off’ sebanyak RM10,000 yang sedang diperjuangkan oleh kelompok pemimpin parti dalam kerajaan ketika ini.