MoF nafi kelewatan bantuan banjir, 97 peratus mangsa sudah terima
Iklan
PUTRAJAYA - Setakat 19 Januari 2022, 97 peratus mangsa banjir gelombang pertama dikenal pasti sudah menerima Bantuan Wang Ihsan*, yang merupakan sebahagian daripada* Pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bernilai hampir RM2 bilion.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata, data terkini itu mengenepikan dakwaan kerajaan lewat menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir dengan norma kebiasaan tempoh penyaluran bantuan bencana kepada mangsa terlibat sebelum ini memakan masa tiga hingga enam bulan.