Rasionalisasi subsidi demi kemampanan fiskal negara
Iklan
Antara subsidi yang perlu dipertimbangkan untuk dirasionalisasi adalah minyak petrol dan diesel serta tenaga elektrik. Persoalannya adalah kepada siapa sepatutnya pemberian subsidi itu disasarkan?
PUTRAJAYA - Sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan rasionalisasi subsidi demi memastikan kedudukan fiskal negara terus mampan dan berdaya saing pada masa hadapan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata, kerajaan kena fokus dalam merasionalisasikan pemberian subsidi selain mewujudkan kaedah pemberian secara bersasar bagi membolehkan sebahagian peruntukan itu disalurkan bagi tujuan perbelanjaan pembangunan.