Hubungan UMNO-Pas sudah di penghujung
Iklan
Kerjasama UMNO dan Pas mula retak apabila kedua-dua parti itu kembali berada dalam kerajaan.
MASA depan Muafakat Nasional (MN) kini hampir terkubur apabila hubungan UMNO dan Pas ibarat retak menanti belah.
Manakan tidak apabila satu demi satu Badan Perhubungan UMNO Negeri yang sudah ‘membakar jambatan’ dan menamatkan kerjasama secara rasmi dengan Pas.
Terbaharu, UMNO Kelantan membuat keputusan untuk tidak lagi bersama dengan Pas negeri menerusi Muafakat Nasional (MN), berkuat kuasa serta-merta.