Kes Zahid tak jadi kudis, BN diramal menang 40 kerusi
Iklan
Dengan BN semakin 'melangkah bergaya' berikutan kejayaan besar dalam PRN Melaka, kini Bersatu perlu bimbang kerana Johor merupakan kubu kuat Presiden mereka sendiri.
BIARPUN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengumumkan tarikh keramat hari penamaan calon dan pengundian, namun penganalisis politik melihat peluang Barisan Nasional (BN) meraih majoriti dua pertiga atau lebih 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah amat cerah.
Penganalisis politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, beliau percaya kerajaan negeri sebelum ini, pimpinan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, tidak akan memohon Sultan Johor membubarkan DUN jika mereka tidak yakin mampu menang selesa dengan majoiti lebih dua pertiga kerusi DUN dan kembali mentadbir Johor semula biarpun bertanding secara solo.