Bersediakah untuk hidup lepas mati?
Iklan
SEWAKTU menulis artikel ini, saya sedang dalam perjalanan ke Johor Bahru untuk menziarahi jenazah abang saya, Aris Mohamed. Dia meninggal dunia pada 25 Januari 2022, pada usia 71 tahun kerana sakit tua. Al-fatihah.
Begitulah kita dengan usia. Bila tiba saatnya, roh kita akan ditarik oleh malaikat Izrail dari jasad tanpa lewat atau cepat walau sesaat, walau di mana jua kita berada. Tamatlah perjalanan kehidupan kita di dunia ini. Kita akan melalui alam barzakh, alam mahsyar sebelum berakhir di syurga mahupun neraka.