PRN mengejut trend baharu
Iklan
TIGA Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut dalam tempoh kurang dua tahun merupakan sesuatu yang luar biasa dalam landskap pilihan raya. Negara tidak pernah menyaksikan senario seperti ini dalam enam dekad pilihan raya demokrasi.
Malah ini kali pertama dua negeri di Semenanjung memanggil pilihan raya mengejut untuk keluar dari krisis politik dengan kembali kepada rakyat bagi mendapatkan mandat segar. Melaka merintis langkah itu November lalu. Kini giliran Johor. Sabah yang tidak asing dalam hal ini dan telah beberapa kali mengadakan PRN mengejut, termasuk yang terakhir September 2020, dalam tempoh 27 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).