CPI merudum sudah dijangka, kesan insiden dan skandal semasa
Iklan
SHAH ALAM - SHAH ALAM - Kejatuhan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 disifatkan sebagai sesuatu yang tidak mengejutkan dengan mengambil kira perkembangan semasa dalam negara.
Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Cynthia Gabriel berkata, situasi itu sememangnya dijangka kerana negara telah terpalit dengan beberapa insiden skandal yang memalukan.