Cicit Pengasas UMNO yakin tiada ruang 'katak politik'
Iklan
SHAH ALAM - Bekas Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi ruang kepada mana-mana 'katak politik' untuk kembali bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menggunakan tiket parti itu.
Jelas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang itu, beliau juga yakin pucuk kepimpinan UMNO dan BN tidak akan membuat keputusan yang akan memberi kesan negatif kepada parti itu sendiri.