Selagi SPRM ‘makan gaji’ dengan JPM
Iklan
RASUAH berasal daripada bahasa Arab yang berbunyi ‘rasy-wah.’ Wujud sekurang-kurangnya tiga sebab mengapa manusia terus terjebak dalam lingkaran ganas rasuah.
Pertama, berasa rezeki tidak cukup dan tidak pandai mensyukuri nikmat dalam hayat. Kedua, menuruti cara hidup pemimpin yang terlibat dalam rasuah siasah dan ketiga, tidak mahu mengislah sistem masyarakat yang sarat rasuah.