Sanggupkah PN, pembangkang buang ego untuk bekerjasama?

Iklan
Hanya gabungan kerjasama politik di antara PN dan semua parti pembangkang termasuk PH yang mampu mengekang dominasi UMNO dan BN pada PRN Johor kelak. - AFP

Blok pembangkang yang tidak kuat dan gagal berkoordinasi dengan baik juga menjadi faktor UMNO dan BN amat berkeyakinan untuk menang besar pada PRN Johor.

SHAH ALAM - Hanya kesanggupan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Perikatan Nasional (PN) dan parti-parti pembangkang memasuki 'zon bebas ego' bagi mewujudkan kerjasama politik sesama mereka yang mampu menghalang UMNO dan Barisan Nasional (BN) daripada menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti dua pertiga.

Bekas Pengerusi Dasar dan Strategi Bersatu, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, terdapat cakap-cakap luar mengatakan Bersatu bakal mengemukakan idea bekerjasama dengan parti-parti dalam pembangkang termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) kecuali DAP.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.