Bersatu, Pas sukar tarik sokongan
Iklan
SHAH ALAM - Pemerhati politik berpandangan agak mustahil Bersatu dan Pas menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini mengambil kira kerugian besar yang bakal dihadapi oleh kedua-dua parti tersebut sekiranya kerajaan dibubarkan.
Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Pas misalnya tidak mungkin sanggup menumbangkan kerajaan kerana mereka dilihat sangat selesa dengan kuasa dan jawatan yang dipegang dalam kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).