Kerjasama PN-Pembangkang idea bernas, tapi sukar
Iklan
Untuk mendapatkan kompromi sebegitu rupa amat sukar. Melainkan semua pemimpin parti membuang segala ego demi bersatu menumbangkan UMNO-BN, saya fikir kerjasama itu sukar direalisasikan - MPT Bersatu
SHAH ALAM - Seorang pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui idea mewujudkan kerjasama politik di antara Perikatan Nasional (PN) dan blok pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah bernas dan wajar dipertimbangkan.
Bagaimanapun, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Senator Datuk Razali Idris berpandangan cadangan itu secara realitinya sukar direalisasikan memandangkan setiap parti memiliki ego masing-masing.