Mahu royalti minyak RM20 bilion, kembalikan Kelantan kepada UMNO
Iklan
"Kita tidak faham mengapa Pas menarik balik tuntutan ini daripada dibicarakan di mahkamah, hanya kerana kerajaan Pusat memberikan wang ehsan RM400 juta setahun." - Zaid Ibrahim
SHAH ALAM - Sudah tiba masanya rakyat negeri Kelantan menumbangkan Pas dan memilih UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 sekiranya mereka mahu memanfaatkan nikmat hasil royalti minyak negeri itu yang tertunggak sejak tahun 1975.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, isu utama membelenggu rakyat Kelantan adalah soal tuntutan royalti minyak terhadap Petronas dan kerajaan Pusat di mana tuntutan sebanyak lima peratus daripada hasil minyak dan gas asli negeri itu sejak tahun 1975 melibatkan anggaran lebih RM20 bilion.