Teknologi China sudah potong Amerika, Rusia tapi kita...
Iklan
MUTAKHIR ini cerita pandemik Covid-19 mendominasi media massa di negara ini. Jarang kedengaran cerita projek mega pembangunan atau kisah perlumbaan untuk menguasai teknologi. Malaysia berusaha keras memerangi Covid-19 hinggakan agenda pembangunan kelihatan diabaikan.
Setidak-tidaknya di negara jiran, masih ada usaha membina ibu kota baharu, Nusantara. Dalam skala lebih besar, kita boleh mencontohi China yang tidak pernah ‘tidur’ menjayakan agenda menjadi kuasa teknologi nombor satu dunia.