Pandangan peribadi Ketua Pengarah?
Iklan
PELIK juga Awang apabila Menteri Pengangkutan kata, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah (KP) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah pandangan peribadi.
Pada hemat Awang sekiranya seseorang pada kedudukan itu buat sebarang kenyataan, maka itu adalah pendirian jabatan atau rasmi bukan peribadi.