'Harga bawang India meningkat, beli bawang Belanda'

Iklan
Saifuddin Nasution (kanan) - Foto Bernama

POKOK SENA - Pengguna masih mempunyai alternatif sekiranya harga bawang yang diimport dari India terus meningkat di pasaran negara.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sejak beberapa bulan lalu memang terdapat sedikit peningkatan harga terhadap bawang dari India namun keadaan sudah mula kembali terkawal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengguna masih ada lagi pilihan lain seperti mendapatkan bawang yang diimport dari negara lain seperti Belanda.

"Semua bawang iaitu kecil, putih dan besar seratus peratus kita import dari luar negara. Tiada satupun yang ditanam di negara ini, jadi kita bergantung penuh pada import.

Iklan

"Jadi jika ada kekurangan bekalan bawang dari India dan menyebabkan peningkatan harga, pengguna masih ada pilihan membeli bawang kuning yang diimport dari Belanda.

"Selagi ada pilihan (tidak jadi masalah), dan sekarang harga sudah kembali turun dan stabil," katanya kepada sidang media selepas merasmikan Program Khatan Perdana dan Jamuan Ibu Bapa, Penjaga dan Waris di SK Bukit Pak Kiau dekat sini hari ini.

Iklan

Saifuddin berkata, bawang adalah salah satu barang keperluan yang diimport dari luar negara.

"Apabila bekalan barang berkurang, ia akan menyebabkan harga barang meningkat.

"Jadi saya perlu tahu apa yang terjadi di peringkat pembekalan, maka apabila kita tahu ada gangguan di India jadi kita ada pilihan dari negara lain,"katanya.