BN berusaha pikat lebih 700,000 pengundi muda di Johor
Iklan
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) melancarkan jentera pilihan raya dan mengumumkan penggunaan kempen secara dalam talian atau 'online' di media sosial bagi menjaya kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah satu langkah proaktif dan bijak susulan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia sekarang.
Penganalisis politik dan pakar geostrategis, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, BN berbuat demikian kerana sudah dapat meramalkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mengumumkan SOP kempen lebih ketat pada PRN Johor berikutan kes harian Covid-19 kini mencecah lebih 7,000 kes baharu, pada Jumaat.