Bersatu enggan layan spekulasi dua menteri Bersatu bakal sertai UMNO
Iklan
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) enggan melayan sebarang spekulasi mengenai dakwaan kononnya terdapat dua menteri kabinet daripada parti berkenaan akan melompat dan menyertai UMNO dalam masa terdekat.
Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan ketika dihubungi wartawan Sinar Premium berkata, Bersatu tidak mahu melayan spekulasi berkenaan kerana terlalu banyak khabar angin bertiup menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.