Ketatkan SOP sewaktu kempen, di saat gelombang Omicron
Iklan
SHAH ALAM - Semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk pengundi dan calon perlu meningkatkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh berkempen.
Pakar kesihatan awam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, SOP sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang penularan Covid-19 di dalam negara yang menurutnya kini berada pada tahap endemik.Katanya, selain tiga SOP utama iaitu penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan membasuh tangan, pihak terlibat dalam berkempen juga harus mengambil kira aspek keselamatan tempat mereka menjalankan kempen.