Ura-ura Onn Hafiz 'dikorbankan' pada PRN Johor, bakal tanding kerusi Parlimen
Iklan
Ada kemungkinan bekas ADUN Layang-layang itu tidak bertanding dalam PRN Johor kerana beliau sedang dipersiapkan menjadi calon UMNO dan BN bagi bertanding kerusi Parlimen Simpang Renggam pada PRU15, kata sumber.
PADA saat tumpuan rakyat Johor terarah kepada kemungkinan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.
Spekulasi bertiup kencang mengatakan bekas Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada Barisan Nasional (BN), berkemungkinan tidak tercalon bagi mempertahankan kerusi DUN Layang-Layang yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).