Pecat Khairuddin sepatutnya kuasa Mursyidul Am Pas
Iklan
Sebarang keputusan dibuat di luar Majlis Syura Ulama hanya pandangan atau cadangan sahaja daripada ahli-ahli AJK Pusat dan yang akan muktamadkan sewajarnya Majlis Syura Ulama sendiri, kata Dr Mahfodz
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berpandangan sebarang keputusan pemecatan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama seharusnya diputuskan dahulu oleh badan tertinggi Pas itu.
Hal ini kerana beliau berpendapat perkara itu adalah di bawah kuasa prerogatif Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin selain perlu mendapat persetujuan daripada majoriti ahli Majlis Syura Ulama.