PKR 'pelik' Amanah serah kerusi mampu menang kepada Muda
Iklan
Keputusan tersebut boleh menyebabkan timbul sentimen tidak puas hati dalam kalangan akar umbi parti berhubung tindakan Amanah itu, kata Syed Ibrahim.
SHAH ALAM - Keputusan Parti Amanah Negara (Amanah) menyerahkan sebahagian besar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mampu menang kepada Parti Ikatan Demokratik Muda (Muda) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu sebagai 'pelik'.
Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan keputusan sebegitu menyebabkan timbul sentimen tidak puas hati dalam kalangan akar umbi parti berkenaan terhadap Amanah.