Masih relevankah fungsi biro aduan?
Iklan
PERKARA paling asas perlu difahami dalam kehidupan adalah tidak ada sesuatu yang sempurna. Justeru, penambahbaikan perlu dilakukan dari masa ke masa bagi merapatkan jurang kesempurnaan itu.
Adalah jelas, aduan daripada pengguna amat penting kepada pihak pelaksana bagi memastikan kesejahteraan rakyat kekal sebagai penunjuk prestasi kerja yang utama.