Tiga bekas PM: Liabiliti atau aset di PRN Johor
Iklan
ADALAH tidak keterlaluan jika Belalang nyatakan, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung 12 Mac depan sebenarnya bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara dua pihak sahaja iaitu Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti politik yang bukan BN.
Bunyinya agak pelik tetapi itulah hakikatnya. Sebelum ini pelbagai pihak telah mengemukakan beberapa syor dan cadangan agar pihak satu lagi berganding bahu ataupun menjalinkan satu kerjasama yang solid untuk bersaing dengan BN kerana itulah satu-satunya cara memastikan peristiwa di Melaka tidak berulang lagi atau setidak-tidaknya akan memberikan persaingan yang sihat.