'Khemah' PH dan Muda, antara strategi dan makan diri
Iklan
Idea khemah 'tidak berapa besar' PH bersama Muda mungkin boleh menjadi formula terbaik untuk mengekang kebangkitan BN, tetapi ia juga mungkin boleh memakan diri dengan tindakan sabotaj dalaman
BIARPUN Pakatan Harapan (PH) pada dasarnya bersetuju menyerahkan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), namun tidak mustahil parti berkenaan akan tewas di semua kawasan berikutan tindakan sabotaj sesama komponen pembangkang sendiri.
Apakan tidaknya, walaupun proses penamaan calon dan kempen belum bermula sudah ramai pemimpin parti komponen PH lain terutama PKR secara terang-terang mengisytiharkan 'perang dingin' terhadap Muda kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pucuk pimpinan yang menyerahkan parti pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.