Pengetahuan mereka tentang kerjaya yang dipohon adalah ‘kosong’
Iklan
DALAM satu temu duga yang dihadiri oleh penulis baru-baru ini, antara soalan yang ditanya kepada calon yang ditemu duga ialah siapakah Perdana Menteri Malaysia sekarang, siapakah Timbalan Perdana Menteri dan namakan sekurang-kurangnya tiga anggota barisan kabinet Malaysia.
Untuk soalan yang pertama, jawapan yang diberikan ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Itu pun calon berkenaan gagal menyebut nama Muhyiddin dengan penuh malah untuk gelaran disebutnya Datuk Seri, bukan Tan Sri. Apa pun, jawapannya salah.