Indonesia, Singapura dan kini Brunei
Iklan
Ismail Sabri mengukuhkan hubungan Malaysia dan Brunei dalam pelbagai bidang
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan istimewa Keluarga Malaysia dan Brunei Darussalam yang terjalin sejak 1984.
Lawatan rasmi selama dua hari bermula hari ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala yang sedia terjalin, selain mengeratkan rantaian Keluarga Malaysia di peringkat ASEAN.