Calon MB Johor PH di Layang-Layang?
Iklan
Pengumuman calon favourite dan popular PKR, Maszlee Malik menguatkan lagi khabar angin beliau akan diangkat sebagai MB jika PH menang
SHAH ALAM - Tindakan PKR menamakan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik sebagai calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, menguatkan spekulasi bahawa beliau adalah calon 'favourite' untuk diangkat menjadi Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.
Pemilihan Maszlee juga dilihat bakal menghangatkan lagi saingan merebut kerusi yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Onn Hafiz Ghazi. Onn Hafiz menang kerusi itu dengan majoriti hanya 364 undi berbanding wakil PKR dan Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.