Sindiran pedas Kremlin kepada Barat
Iklan
Saran jumpa doktor untuk 'rawat paranoia' kerana terlampau percaya propaganda perang
MOSCOW - Timbalan Duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa ‘menyarankan’ pemimpin Barat supaya bertemu doktor kerana terlampau paranoia tentang kempen pencerobohan yang bakal dilancarkan Moscow ke atas Ukraine.
"Saya rasa mereka perlu berjumpa dengan doktor yang terbaik atau pakar dalam rawatan paranoia. Saya sangat syorkan mereka berbuat demikian,” sindir Dmitry Polyanskiy yang turut menafikan Rusia membuat rancangan serangan seperti didakwa Barat.